Happy birthday <3

26 Januari 2012 sepatutnya hari lahir mak kesayangan.tapi kitorang adik beradik termasuk ayah managed to celebrate it advance coz tomorrow(rabu 25 Januari 2012) aku and epi da nak gerak balik KL tercinta lah sangat.hmm.uhuk.tapi nak realisasikan celebration yang full of surprise sangat susah okay!So the planned was like this.

1) Aku terpaksa tipu (Sunat) kat mak yang aku balik selasa malam instead of Rabu malam with epi.tapi aku dah bagitahu ayah and meme awal2 pasal plan ni cz nanti senang nak laksanakan.tapi maaf orang2 kampung ku sebab aku terpaksa tipu (Sunat) mereka semua jugak cakap aku balik selasa malam.ampun…heee

2) Aku kemas baju macam biasa untuk elakkan suspicious daripada emak (tapi mak memang totally lost in that drama.yeayyy.hahaha)

3) Aku wat alasan untuk withdraw duit dulu before pergi stesen bas tadi.and masa tu lah ayah akan terus direct pergi parking kat depan pizza.padahal bank dengan pizza gila jauh kot jaraknya.haaa kat situlah semuanya bermula.hehehehe

and ekspresi daripada mak bila ayah parking depan pizza and kitorg semua sepakat turun daripada kereta, TERKEJUT and TERPINGA-PINGA!.hahaha.sangat lawak.ayat2 mak “eh,mana bank?nape jauh sangat parking?kenapa semua orang keluar ni?nak pergi mana ni?apa yang berlaku ni?”.kitorang kat luar kereta mmg dah xtahan gelak dah.mak still lagi terpinga-pinga memang xtau apa yang berlaku.comel and lawak mak time tu.last sekali epi bukak kan pintu mak and ayah pun cakap “anak2 nak celebrate awal birthday mak ni” Aku pun explain “Akak xbalik la malam ni.xde tiket pun.kitorang memang dah plan”.hahah.mak still terkejut.then sempat tengok cermin and and and sempat lagi TOUCH UP LIPSTICK okay saat dalam keadaan masih terkejut tu.hahahaahhaha.tu paling lawak.pecah ketawa kitorg semua kat parking depan pizza tu.tak peduli dah orang nak tengok.kami happy satu keluarga dan makan pizza dengan penuh bahagia diselangi gelak tawa and pelbagai usikan <3

Bila tanya balik kat mak masa makan tadi apa perasaan mak bila kena camni? jawab mak ” mak terharu sangat and terkejut.mak ingat nak pergi hantar je and lepas akak dah gerak terus balik.tu mak pakai baju biasa2 and tudung x letak brooch pun”.usik epi ” nasib lipstick ada spare dalam kereta kan?” hahah.tawa cetus lagi.tapi mak cakap ada jugak beberapa perkara pelik dan mencurigakan, tapi tak pulak mak syak apa-apa.antaranya :

1) Ayah langsung tak bising cz dah lambat kuar rumah untuk pergi stesen bas (coz ayah selalu tekankan pasal masa takut ketinggalan bas).heeee

2) meme pakai jangok and siap bawak beg  bagai untuk hantar aku.padahal stesen bas gila dekat dengan rumah.hahaha

3) kenapa aku tiba-tiba care gila if epi tak hantar aku pergi stesen bas.sebab selalunya epi memang jarang ikut.tapi sebab dah well-planned, so kena lah care lebih kan.hahaha

and then,

MISSION ACCOMPLISHED!!!

happy advance birthday my sweetest and prettiest mommy! akak doakan semoga mak dipanjangkan umur dan kuat dan maintain cantik!insyaAllah.amin.sweet 19 okayyyy. akak sayang mak selamanya!<3

and today also (24Januari2012) my bff’s birthday.YUYUY!happy 26 to her.kat fb saja taknak wish dia awal-awal takut post ditenggelami arusan wishes yang lain.hehehe.dia kat kampung (Labuan) sekarang.if tak,memang putih lah dia jadi kan.busuk pun ye jugak.habislah!hahaha.tapi tak sampai hati la nak wat yuyuy camtu.nonono.ololoo.hehehe.

untuk yuyuy (if only she read this), HAPPY 26th BIRTHDAY to you.26 is just a number.but I know you are more younger than the actual age.indeed you are.hehehe.semoga berjaya dalam hidup dan pelajaran. <3

Love,

Aku.

p/s : dah makin besar orang2 kesayangan aku.hehehe <3

Leave a comment »

myLuvs.

Aku gila dengan perasaan ini.

Aku addicted dengan myLuvs aku.ibarat semua cinta sayang dan rindu aku semuanya untuk myLuvs aku.gilakah aku?tidak!aku takkan menjadi gila dengan mempunyai kegilaan melampau terhadap myLuvs aku.kenapa?sebab betul,myLuvs adalah dadah kepada aku.kalau aku xjumpa lama-lama.aku resah gelisah.lagi aku boleh jadi gila.

sekarang aku dah jauh.sekali lagi jauh.jauh dan jauh.sekali lagi aku berpisah dengan myLuvs aku.aku tak pernah sedar masa akan berlalu begitu laju dan pantas dan tak pernah terimbas di minda yang aku kini hidup berdikari tanpa myLuvs aku.sekali lagi. *sobs*. sungguh,aku tak puas bersama myLuvs aku.masa tak pernah cukup.

kini,aku mencuri dan menggunakan sebaik mungkin masa dan peluang yang terluang untuk bersama myLuvs aku.aku nak bukak je mata pagi-pagi,aku nampak myLuvs aku.dengar suara myLuvs aku.makan dengan myLuvs aku.pergi mana-mana dengan myLuvs aku.mandi dengan..err mana boleh.kecuali mandi pantai or swimming pool,ye boleh dengan myLuvs aku. *girang*

sungguh.aku rindu kan saat-saat itu bersama myLuvs aku.aku mahu!dan kini alhamdulillah,kelapangan dan jalan dibuka dan dimakbulkan indah oleh DIA yang Maha ESA.aku kerap dapat jumpa dengan myLuvs aku.luangkan masa.walaupun aku terpaksa menempuh perjalanan sedikit ke arah kebahagian itu.aku rela.aku mahu.aku addicted!alhamdulillah.terima kasih Tuhanku kerana makbulkan doa hamba MU yang penuh kurang dan berguni khilaf ini.syukur kupanjatkan ke hadrat MU Tuhanku.alhamdulillah.

Aku takkan sia-sia kan kasih sayang yang banyak daripada myLuvs kepada aku begitu juga daripada aku kepada myLuvs aku.kerana itulah kebahagiaan aku di dunia ini yang telah dihadiahkan oleh NYA kepada hidup aku.alhamdulillah.Saat aku rancak menaip ini pun rindu aku terus memuncak terhadap myLuvs aku.hanya myLuvs yang aku mahu.kerana aku memang tak boleh hidup tanpa myLuvs aku.aku takut akan sunyi tanpa myLuvs aku.aku boleh jadi gila.aku taknak hidup aku sia-sia dengan menjadi gila.

Inilah ketagihan aku.

myLuvs <3

Love,

Aku.

p/s : Gila kah aku jika ketagih terhadap mereka? :)

Leave a comment »

Aku + Mereka = K.A.M.I dan Konvokesyen.

28.November.2011 merupakan tarikh keramat bagi aku dan mereka.3 tahun perjuangan kami terlerai indah pada pagi isnin itu.debaran getaran keriangan semua dalam satu.bersatu memacu kebahagiaan.busana indah tersarung kemas di badan kami.diserikan lagi dengan sepersalinan busana  yang menjadi impian setiap figura yang menjejaki menara gading untuk menyarungnya pada hari bahagia itu.bukti bahawa pertempuran telah tamat dan titik mula kehidupan baru bakali diliku.objek empat segi keras kukuh disarung di kepala.senyum besar dibibir menutupi gundah hati.sepasang kaki diatur kemas berjalan menuju destinasi mengambil yang dinanti.akhirnya IA dalam genggaman.alhamdulillah.

Keriangan terus disambung dengan acara mengabdi kenangan indah.terik mentari bukan halangan.senyum tawa ikhlas terukir.setiap kenangan terpancar indah senyuman tawa keriangan semua.suka!demi semua.keringat buta mengalir laju.lelah mak ayah menunggu penuh setia.terima kasih kalian.terima kasih memahami kehendak anakmu yang manja ini.tahun pertama dulu,aku lah anak yang sering menangis tersedu sedan memujuk mak ayah untuk berhenti belajar.aku tak boleh berjauhan.aku sunyi.mereka terus memujuk aku supaya meneruskan mengejar cita-cita.orang sekelilingku juga memujuk.linda.kawan-kawan ku yang lain.aku tewas.aku akur.kini aku telah menggenggam tangisan aku itu.aku berjaya mengharungi tempoh seksa itu.alhamdulillah.

Semuanya sebab mereka.kawan-kawan ku yang setia menenangkan aku kala aku sunyi dan kosong.mereka setia menemani aku kala aku sendiri tanpa arah.mereka pendengar yang setia.mereka adalah mereka.dan mereka tahu siapa mereka tanpa aku menulisnya di sini.aku sayang mereka.sangat!terima kasih semua <3

Image

Aku dan Mereka (Pre-Convocation photoshoot)

Image

Image

AKhirnya kami berjaya!

Image

K.A.M.I

Image

Kami melihat masa depan kami yang cerah.insyaAllah :)

Gambar-gambar di atas adalah yang sempat aku download dan upload.mereka yang di atas sekali itulah kesayangan aku tetapi bukan mereka-mereka sahaja yang menemani aku.tetapi ada lagi mereka di antara mereka-mereka ini.mereka-mereka itu juga sangat baik.dan mereka-mereka itu tahu siapa mereka tanpa perlu aku coretkan. <3

Love,

Aku.

p/s : aku sayang mereka semua!

p/s/s : aku masih menunggu salinan lembut (softcopy) gambar-gambar bersama myLuvs aku daripada adik aku.maaf mak maaf ayah.tiada gambar kalian dapat akak kongsikan bersama lagi.salahkan meme sebab lambat kasi salinan lembut itu.muehehehe.

p/s/s/s : semua gambar adalah ihsan dari DSLR dan kamera digital yang berbeza milik mereka-mereka sebab itulah kualiti.densiti.brightness gambar berbeza-beza kerana ada yang telah di edit.harap maklum :)

Leave a comment »

Sendiri.

17 November 2011.Aku leka membaca novel Inggeris di pejabat (aku tahu ofis bukan masa untuk aku masuk ke dunia lain.tapi aku bosan.so,salahkan kerja yang taknak datang padaku) waktu hujan.separa petang.tiba2 terdetik di hati.bayangan mak ayah melintas.BALIK!.getus hati kecil.aku terus mencapai handphone ku and sms ayah.”Ayah,akak nak balik rumah”.tuttt.ayah replied “kenapa tiba2″.

Hati sang ayah lebih memahami lalu terus call sang anak.memujuk diri menahan hati.menyuruh menghitung hari untuk berjumpa pasti.25 November 2011.dalam hati aku tiada lain.uh lambatnya hari.hmm.aku tahu ayah pasti akan membaca ini.kerana ayah adalah stalker terulung ku.hehe.ayah,akak rindu mak ayah.akak betul2 nak balik.tapi akak cuba lawan rasa rindu itu.akak perlu.

Tapi hakikatnya,aku seorang yang perlu ditemani.kerana aku tak suka pada sunyi.aku benci.mereka tahu.dia mengerti.

Love,

Aku.

p/s : weekend ini aku sendiri.sunyi.

Leave a comment »

AKU.

Visi dan Misi yang baru.tak perlu tunggu tahun baru untuk dilaksana.cukup dengan keteguhan dan kesungguhan jiwa untuk dicerna.Aku akan cuba belajar untuk menggunakan Aku.itulah dimensi Aku.Aku adalah subjektif.

Kerana..

Aku adalah aku.Aku itu sendiri bukan negatif.tetapi ke arah proaktif yang positif dalam merungkai subjek subjektif dalam kata ganti diri Aku..ironik bukan?itulah Aku.

Love,

Aku.

p/s : Aku itu tegas.dan itulah Aku :)

Leave a comment »

Salam Ramadan

assalamualaikum,

hehe.last update 18MEI2011.now dah 4 OGOS 2011.hahaha.dari tempoh start intern sampai dah nak dekat abis intern,gila x update blog.tapi ape peduli,bukan ada orang baca kan.eh tapi ada ada ada.ayah mak and ada lagi beberapa orang tanya napa lama x update.wah ada pembaca rupanya blog vain ini eh?thanx a lot pals!.Dell update ni pun sebab tak tau kenapa.saja nak cek blog,tiba2 rajin pulak tangan menaip.takde story,takde topik,just taip apa yang bermain kat kepala je sekarang.

Tapi mula-mula sekali dell nak wish RAMADAN KAREEM untuk semua okay.harini hari ke-4 semua umat Islam berpuasa.alhamdulillah everything went well.semoga semangat ini bertahan dan kekal untuk 16 hari yang mendatang.insyaAllah :) .jangan ponteng2 okay.kaum hawa takpe ada excuse.kaum adam jangan cuba2 okay.penat oh ganti puasa time bukan bulan puasa.korang mau?heee.(Dell puasa penuh lagi okay.insyaAllah.heheheh)

Tapi kan yang tak best nya,baru 4 hari puasa dah berkumandang lagu raya.oh oh oh.awal lagi kott.tau lah semangat nak raya.tapi jangan la awal sangat.sedih la bagi orang2 yang duduk perantauan ni (padahal KL je pun).ah tetap jauh.plus Dell tak suka dengar lagu raya kalau bukan time raya.ALERGIK! okay.kawan-kawan rapat Dell memang dah kenal sangat perangai Dell ni.hehehe.sebab tu kalau dengar,terus tutup.heee

Intern Dell setakat ni alhamdulillah went well jugak.yup design design design.kena kreatif.tapi Dell takde bakat itu.sebab tu design selalu kena improve.tsk tsk.tapi Dell taknak hampakan SV and company.so i am trying as hard as i could.tapi memang da buntu idea kot.uhuk.baru tadi lepas fotoshoot untuk raya.semua staff terlibat.best okay.semua pakai baju raya.macam-macam ragam.happening.nasib bulan puasa,kalau bulan tak puasa,rasanya ada segala rendang and lemang tau.hehehe.FUN! esok sepatutnya hari terakhir intern,tapi company mintak extend sampai 26 OGOS 2011.why not kan?dapat elaun lebih.yeayy.(tapi sedih gak ah tak dapat puasa kat rumah ngn mak ayah.uwaaa).dah dah jangan nak emo sangat lah Dell.GELI!tapi jeles gak ngan kawan-kawan lain yang dah habis esok.double UWAA UWAAA.MEOWWW.ehhh.hahahaha

okay lah.daripada takde apa nak tulis,dah terjadi karangan pulak kan.tapi korang baca sampai habis jugak kan?bagus lah korang ni.hahaha.sayang banyak-banyak lah!okay okay.tata dulu.pergi bazar ramadan nanti jangan *temahak pulak beli makanan okay.beli apa yang kita nak makan je.jangan ikut nafsu okayyyy.coz membazir itu amalan SYAITAN.nak kawan ngan syaitan ke?hehehe.SELAMAT BERBUKA kawan-kawan.makan jangan lupa baca bismillah and doa bukak puasa okay.and jangan lupa juga niat puasa untuk esok terus :D

love,

.: deLL :.

p/s : baju polkadot kiter cantik harini!hahaha.eh betul,tak tipu okay.bulan puasa tak elok tipu tau.tapi bulan tak puasa pun tak elok tipu jugak! :D

*temahak = tamak (Dialek Labuan)

Leave a comment »

18 May 2011

salam.just nak cerita hari kedua dell intern watpe je.hari kedua ni dell dapat task design logo.ALAMAK lagi sekali dell tak pernah nak design-design logo ni.pastu dell pun wonder sendiri.apa je yang pernah wat eh?malas ke dell ni?or dell ni memang MAJOR ZERO useless??oh man!im a dead meat again!hahaha.

tapi xpe,dell take that as a challenge.so dell pun wat la ikut apa yang SV dell suruh abang hidayat.abang okay.abang.heee :) . macam biasa dell discuss and tanya idea ngan kawan2 dell yang lain.dorang memang best!idea banyak.heheh.thanx sayang2 semua!!!!!.pastu dell pergi lak kat sifu dell (Seri Mustika) kawan intern dell yang memang major graphic design.kira OTAI petai ah dia kan.pastu rupenye dia pun kena wat gak logo GREEN BILLING tu.yeayy.apa yang yeay nyer dell oii.persaingan la tu.coz Seri mmg otai design kot.heheh.tapi xpe.dell langsung x jeles or apa.dell take as a challenge jugak.tapi dell banyak je kacau dia.tanya pasal AI and tanya idea.hahahaha.tapi still xleh lawan design dia.la…..damnnn!kekeke

akhirnya siap lah jugak design xseberapa dell tu.cikai cikai aje.biasa-biasa je orang cakap.hahahaha.otai gak la yang menang.xleh lawan seri.dell pun dengan senang hati reject design dell sendiri compsare nfgn design seri.hahahaha.tapi best gak design2 ni.cuma dell kena banyak browse and google.cari idea.kena rajin.haa tu lah keyword nyer.RAJIN.hee.okay2 time untuk kerja lak (kantoi update entry pagi 19May2011.hahaha).okay harap kerja arini xsusah and kebabom lagi lah ye.ciauuu!

.: NOOB design :.

ni jela design yang dapat dell wat.see,nampak jelas ketara ternyata kan design yang haihhh.konfem kena reject.hahaha!

love,

.: deLL :.

p/s : selamat bekerja u olsss.kekeke :D

Leave a comment »

16 May 2011 – start a new life :)

salam.before dell start cerita the best part.dell nak bagitau dulu yang tempat intern yang dell sepatutnya intern (nama company terpaksa dirahsiakan di sini.untuk menjaga sensitiviti semua :) ) reject dell and kawan dell lagi dua orang ira and yong last2 minit.dengan alasan tersendiri.so what can we say kan?marah?memang dah marah.maki?dah keluar semua.so terima dengan hati tak terbuka sangat la kot!so dengan pertolongan madam Alisa selaku penyelaras LI (Latihan Industri) akhirnya kami 3 orang diterima untuk turut sama menyertai kawan2 yang terlebih dahulu diterima untuk intern kat tempat itu. SEDANIA MEDIA GROUP.jadi hari ini adalah hari pertama kami memulakan perjalanan baru hidup kami sebagai pelajar latihan industri aka internship aka practical aka trainee.heee.no more student life.its a reality life.which is working life.actually this is my second internship and second working life where i was already had gone through all that back to few years ago when i was taking my Higher National Diploma.so the pressure is not as much as others had.coz i have been there before.heeehooo.*grammar bersepah*. tapi dell tetap nervous lah.

Masalah rumah sewa pun malas dah dell nak bising kat sini sebab dah dapat.alhamdulillah.terima kasih banyak kepada KAK NITA (kakak yuyuy or linda) yang baik hati bagi kami sewa bilik di rumah nya yang jarak hanya berapa meter saja dengan tempat kerja.jalan kaki 10min je sampai.syukur alhamdulillah.terima kasih kak.

DAY 1

Dan untuk hari yang pertama.mentang2 rumah dekat,jam 8am baru kami semua bangun.hahaha.berlagak rumah dekatkan.so siap2 and berjalan la dengan penuh gaya beserta debar di dada (propa lebih.hahaha).kami sampai ngam2 sebelum 930am.pandai kan bajet.oh ya, untuk hari pertama kami mula jam 930am-615pm.untuk hari seterusnya 9am-615pm.hee.kami efficient!

So after dengar briefing pasal kerja-kerja yang kami kena buat, dibagi supervisor dan diperkenalkan dengan semua staff.kami bersedia untuk berkhidmat di SEDANIA. tapi yang bestnya.nama dell kan hidayah.and nak tahu tak siapa nama SV (supervisor) dell? HIDAYAT okay!hahaha.kebetulan gila.lawak pun ada.lelaki dan muda.oh cmna nak kerja ni.hahaha.mula-mula dell tak tahu nak wat apa.pastu dell tanya la dia, and dia jawab pandai guna AI (Adobe Illustrator) tak?ALAMAKKK!!tsunami terus dalam perut and dada.tak pernah dell guna software tu.sumpah!dell baisa guna PS (Photoshop) je.seriously IM A DEAD MEAT masa tu.tapi dell taknak dia kecewa dengan dell,so dell cakap “takpe,saya boleh belajar untuk guna”.and mungkin dia tengok dell jawab yakin (dell agak jela kot) so dia suruh la dell wat design kemeja yang corporate design.alamak lagi sekali.terketar terus.tapi yakin lagi.hehe.so ikut dia pergi meja dia and tengok design.pas dia briefing semua and bagitahu apa yang dia nak, dell dengan yakin lagi berjalan menuju ke meja.pastu tunjuk je design kat kawan2 intern lain.ada yang jeles.heheh “ni je kerja kau?design ni?kita tukar nak?” kata Ismeth.hahaha.tapi dell senyum and cakap taknakkkk.better daripada dell pening kepala bercoding bagai cam diorang.tu lagi la menuntut dell mengalirkan air mata darah okay!hahaha.

So dell cuba-cuba lah wat design tu.kan tak pernah guna AI, so bantuan daripada Ismeth sangat lah dihargai.dia memang banyak menolong.tak lokek ilmu.seriously awesome!(pertolongan kau jela eh Ismeth.bukan kau yang awesome.hahaha).kawan2 lain pun banyak bagi idea untuk design tu.syukur alhamdulillah.(xboleh upload gambar.takut company x kasi coz design tu untuk company kan.belum keluar market lagi.hee.tapi simple2 je.tak tentu SV dell pakai design tu :) ). Habis je design semua main ngan warna segala tools.dell pun tunjuk hasilnya dekat SV merangkap Graphic Designer dell tu.and dia cakap OKAYYYYY!!!yahooo.suka gila hati.hehehe.pastu dell tanya lah lagi, ada kerja lain? dia lak yang macam terpinga ngn soalan tu and dia balas,nanti2 lah dia bagi.hahaha.lawak gak SV dell yang nama hidayat tu.mula2 cam malu2 je dell tengok dia.heee.tapi dia best!okay!heee

okay enough la.tu je nak cerita.1st day of internship day je pun.bukan pasal dell terpilih jadi pengapit Ashraff Muslim ke.dell nak kahwin kerabat diraja brunei ke (berangan la tak sudah2.hahaha) and whatsoever.hahaha.tapi kalau korang semua dah baca sampai habis ni.memang terbukti lah yang korang ni memang suka membaca.heee.THANK YOU then.

love,

.: DeLL :.

p/s : esok cuti wesak.so kami plan nak jalan.doakan kami semua selamat.amin :)

p/s/s : dell pakai baju kurung!hahaha.time kat kampus tak pakai kan..neehh amik mu sekarang.berbaju kurung kau mariaaaa :D

Leave a comment »

SURPRISE AWARD!!!

Assalamualaikum!!!

Hello world!!heheh.yep yep.dell happy gila.tapi tak lah sampai gila lagi okayyyy.petala kelapan? (okay ni dah mabuk novel betul ni.ok cut it cut it.heee). bukan cerita gempak pun.tapi gempak gak la untuk effect affect dell punya rasa hati untuk senyum sampai tak cukup inci nihhhh! hahaha. kan entry-entry bawah ni dell asyik cakap pasal ALVA je kan?nehhhh.sebab ALVA tu la.okay lah lurus kepada titik (straight to the point) tadi dell tengah sibuk kusyuk hatta series dahi berkerut (padahal baca NOVEL cinta kot.dammnn.haha) dell dapat sms dari Elle.classmate dell.dia pergi dinner (dinner yang dell gedik taknak pergi sebab tema xbest tu tapi bising sekampung sebab protes and ada ORANG yang pergi BISING gak sebab dia pergi and mungkin rasa sakit hati kena condemned and dell bising?).Elle bagitau dell yang ALVA berjaya untuk merangkul satu award di malam dinner tadi.award apa?

SURPRISE AWARD!!!

what is the surpriseee?

THE BEST CINEMATOGRAPHY

alhamdulillah.terus bacaan cintan jiwang karat kalah emas 96 karat tu tergendala.mulut xlekang senyum.tu terus jadi xcukup inci tuh.hahaha.HAPPY betul.syukur padaMU Ya Allah.award itu untuk team A.E.D Production..Amie and Miza.always  :). Elle bagitau lagi, sebelum-sebelum ni SSIL tak pernah adakan special award camni.banyak special award.meh la dell senaraikan yang dell tau okay :) . and as expected :

1) THE BEST SHORT FILM – EPIDEMIK (G-AIR PRODUCTION)

-they also won another 2 surprise award which are  THE BEST STORY and THE MOST PROMISING !!!.see.told yaaa.my prediction is always right!heeee.

2) THE BEST 2D ANIMATION – AMRITA (E-FLAME)

3) THE BEST 3D ANIMATION – HIKAYAT BUAH LEBAT (TuYuPul PRODUCTION)

4) THE BEST COURSE WARE -  SCIENCE EXPERIMENT (FIFAH AND FATIN)

5) THE BEST DOCUMENTARY – CHINESE WEDDING (BELL,VIVIAN,KEN) 


so far tu jela yang dell tahuuu.yang penting.ALVA turut merangkul satu di antaranya.amin.hadiah nya mungkin dah ada kat bilik Amie and Miza sekarang ni.tapi dell lak out of coverage (OOC).so nanti dah balik kampus baru leh tgk and bergambar dengan hadiah.for sure if takde aral,dell akan share okayyy.tahniah pada semua pemenang!!!till thennnnn.last but not least, congratulation to :

SSIL’s student BATCH 2008/2009 for contributed lots of new ideas and creativity to be excellent as par as others !

a big YEAAAAYYYYYY for us!!!!

love,

.: deLL :.

p/s : tidur dengan penuh senyuman.heee.with love :)

Leave a comment »

Anugerah Final Year Project SSIL 2011

alhamdulillah..berkat kerjasama and ketekunan A.E.D Production, filem pendek kami telah tercalon antara 3 terbaik untuk merebut anugerah sebagai “BEST SHORT FILM PROJECT”.yup kami sangat lah tak sangka tercalon.coz saingan sangat super duper hebat. seriously tak tipu.even dell sendiri dah ada calon sendiri untuk ke final.and of course lah ALVA takde dalam list dell kan.hee.filem pendek yang dipertandingkan ada 5. tapi ALVA antara yang terpilih menjadi calon antara 3 teratas.kesyukuran dipanjatkan padaMU Ya Allah Ya Tuhanku.

Dell tahu yang tercalon ni pun sebab yong yang gitau.mula2 tu terkejut ah.tapi dalam hati..nehhh kembang tak cukup nafas and senyum tak cukup inci kottt (hahaha).Menang or kalah nanti,belakang cerita dah.tercalon pun dah kira besar nikmat and bersyukur.tapi dell nak give a very BIG congratulation to team w0rk dell la. AMIE and MIZA.mereka lah orang kuat A.E.D Production.coz dell banyak tumpu pada 3D yang tak seberapa tu je.hehe.tahniah kamu kamu.!! :D

KITA BERJAYA!!!

kepada production yang tak berjaya, dell dengan bangganya nak canangkan kat dunia bahawasanya filem pendek kamu sangat lah paling terbaik okayy (dah paling, sangat pulak kan?Melayu dell da cam keling.haihhh).yang penting kita semua dah usaha and wat yang terbaik.CONGRATULATION untuk kita semua!!

last but not least, keputusan akan diumumkan malam dinner SSIL nnt.tema VAMPIRE NITE tu.tapi memang tak ah dell g sana kan..kenapa?coz im afraid i will be sucking all the bloods.yela,dell kan kurang darah merah.nanti kang xpasal-pasal headline UTUSAN BORNEO kuar “ramai pelajar mati dihisap darah oleh seorang pelajar tahun akhir sebuah IPTA di Labuan waktu dinner“.HAHAHAHA.LAME enough kan?kekeke.okay2 cut the crap dell.heee..dah tercalon tu, makin ramai lah kawan2 ajak pergi.takut2 menang kan.tapi the answer still remain the same.NO.kuat iman nih.hahaha.if menang(if only “ini keajaiban alam” (sailormoon nyer lagu) berlaku la kan.kekeke),tolong lah wakil okay kawan2.hahaha.tapi dell dah tahu siapa yang menang.lalalala.CONGRATULATION in advance :) (if prediction dell ni benar-benar belaka la yek.insyaAllah.amin )

love,

.: deLL :.

p/s : baru tercalon tu, ucapan dah berjela.perasan dah 15kilo,if menang?mau pengsan tapi bibir tetap ukir senyuman gamaknya.HAHAHA.dah jangan perasan dell :)

p/s/s : GOOD LUCK PADA SEMUA YANG TERCALON UNTUK SEMUA KATEGORI :)

love

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers