Archive for .: Sedania Media Group :.

18 May 2011

salam.just nak cerita hari kedua dell intern watpe je.hari kedua ni dell dapat task design logo.ALAMAK lagi sekali dell tak pernah nak design-design logo ni.pastu dell pun wonder sendiri.apa je yang pernah wat eh?malas ke dell ni?or dell ni memang MAJOR ZERO useless??oh man!im a dead meat again!hahaha.

tapi xpe,dell take that as a challenge.so dell pun wat la ikut apa yang SV dell suruh abang hidayat.abang okay.abang.heee 🙂 . macam biasa dell discuss and tanya idea ngan kawan2 dell yang lain.dorang memang best!idea banyak.heheh.thanx sayang2 semua!!!!!.pastu dell pergi lak kat sifu dell (Seri Mustika) kawan intern dell yang memang major graphic design.kira OTAI petai ah dia kan.pastu rupenye dia pun kena wat gak logo GREEN BILLING tu.yeayy.apa yang yeay nyer dell oii.persaingan la tu.coz Seri mmg otai design kot.heheh.tapi xpe.dell langsung x jeles or apa.dell take as a challenge jugak.tapi dell banyak je kacau dia.tanya pasal AI and tanya idea.hahahaha.tapi still xleh lawan design dia.la…..damnnn!kekeke

akhirnya siap lah jugak design xseberapa dell tu.cikai cikai aje.biasa-biasa je orang cakap.hahahaha.otai gak la yang menang.xleh lawan seri.dell pun dengan senang hati reject design dell sendiri compsare nfgn design seri.hahahaha.tapi best gak design2 ni.cuma dell kena banyak browse and google.cari idea.kena rajin.haa tu lah keyword nyer.RAJIN.hee.okay2 time untuk kerja lak (kantoi update entry pagi 19May2011.hahaha).okay harap kerja arini xsusah and kebabom lagi lah ye.ciauuu!

.: NOOB design :.

ni jela design yang dapat dell wat.see,nampak jelas ketara ternyata kan design yang haihhh.konfem kena reject.hahaha!

love,

.: deLL :.

p/s : selamat bekerja u olsss.kekeke 😀

Advertisements

Leave a comment »

16 May 2011 – start a new life :)

salam.before dell start cerita the best part.dell nak bagitau dulu yang tempat intern yang dell sepatutnya intern (nama company terpaksa dirahsiakan di sini.untuk menjaga sensitiviti semua 🙂 ) reject dell and kawan dell lagi dua orang ira and yong last2 minit.dengan alasan tersendiri.so what can we say kan?marah?memang dah marah.maki?dah keluar semua.so terima dengan hati tak terbuka sangat la kot!so dengan pertolongan madam Alisa selaku penyelaras LI (Latihan Industri) akhirnya kami 3 orang diterima untuk turut sama menyertai kawan2 yang terlebih dahulu diterima untuk intern kat tempat itu. SEDANIA MEDIA GROUP.jadi hari ini adalah hari pertama kami memulakan perjalanan baru hidup kami sebagai pelajar latihan industri aka internship aka practical aka trainee.heee.no more student life.its a reality life.which is working life.actually this is my second internship and second working life where i was already had gone through all that back to few years ago when i was taking my Higher National Diploma.so the pressure is not as much as others had.coz i have been there before.heeehooo.*grammar bersepah*. tapi dell tetap nervous lah.

Masalah rumah sewa pun malas dah dell nak bising kat sini sebab dah dapat.alhamdulillah.terima kasih banyak kepada KAK NITA (kakak yuyuy or linda) yang baik hati bagi kami sewa bilik di rumah nya yang jarak hanya berapa meter saja dengan tempat kerja.jalan kaki 10min je sampai.syukur alhamdulillah.terima kasih kak.

DAY 1

Dan untuk hari yang pertama.mentang2 rumah dekat,jam 8am baru kami semua bangun.hahaha.berlagak rumah dekatkan.so siap2 and berjalan la dengan penuh gaya beserta debar di dada (propa lebih.hahaha).kami sampai ngam2 sebelum 930am.pandai kan bajet.oh ya, untuk hari pertama kami mula jam 930am-615pm.untuk hari seterusnya 9am-615pm.hee.kami efficient!

So after dengar briefing pasal kerja-kerja yang kami kena buat, dibagi supervisor dan diperkenalkan dengan semua staff.kami bersedia untuk berkhidmat di SEDANIA. tapi yang bestnya.nama dell kan hidayah.and nak tahu tak siapa nama SV (supervisor) dell? HIDAYAT okay!hahaha.kebetulan gila.lawak pun ada.lelaki dan muda.oh cmna nak kerja ni.hahaha.mula-mula dell tak tahu nak wat apa.pastu dell tanya la dia, and dia jawab pandai guna AI (Adobe Illustrator) tak?ALAMAKKK!!tsunami terus dalam perut and dada.tak pernah dell guna software tu.sumpah!dell baisa guna PS (Photoshop) je.seriously IM A DEAD MEAT masa tu.tapi dell taknak dia kecewa dengan dell,so dell cakap “takpe,saya boleh belajar untuk guna”.and mungkin dia tengok dell jawab yakin (dell agak jela kot) so dia suruh la dell wat design kemeja yang corporate design.alamak lagi sekali.terketar terus.tapi yakin lagi.hehe.so ikut dia pergi meja dia and tengok design.pas dia briefing semua and bagitahu apa yang dia nak, dell dengan yakin lagi berjalan menuju ke meja.pastu tunjuk je design kat kawan2 intern lain.ada yang jeles.heheh “ni je kerja kau?design ni?kita tukar nak?” kata Ismeth.hahaha.tapi dell senyum and cakap taknakkkk.better daripada dell pening kepala bercoding bagai cam diorang.tu lagi la menuntut dell mengalirkan air mata darah okay!hahaha.

So dell cuba-cuba lah wat design tu.kan tak pernah guna AI, so bantuan daripada Ismeth sangat lah dihargai.dia memang banyak menolong.tak lokek ilmu.seriously awesome!(pertolongan kau jela eh Ismeth.bukan kau yang awesome.hahaha).kawan2 lain pun banyak bagi idea untuk design tu.syukur alhamdulillah.(xboleh upload gambar.takut company x kasi coz design tu untuk company kan.belum keluar market lagi.hee.tapi simple2 je.tak tentu SV dell pakai design tu 🙂 ). Habis je design semua main ngan warna segala tools.dell pun tunjuk hasilnya dekat SV merangkap Graphic Designer dell tu.and dia cakap OKAYYYYY!!!yahooo.suka gila hati.hehehe.pastu dell tanya lah lagi, ada kerja lain? dia lak yang macam terpinga ngn soalan tu and dia balas,nanti2 lah dia bagi.hahaha.lawak gak SV dell yang nama hidayat tu.mula2 cam malu2 je dell tengok dia.heee.tapi dia best!okay!heee

okay enough la.tu je nak cerita.1st day of internship day je pun.bukan pasal dell terpilih jadi pengapit Ashraff Muslim ke.dell nak kahwin kerabat diraja brunei ke (berangan la tak sudah2.hahaha) and whatsoever.hahaha.tapi kalau korang semua dah baca sampai habis ni.memang terbukti lah yang korang ni memang suka membaca.heee.THANK YOU then.

love,

.: DeLL :.

p/s : esok cuti wesak.so kami plan nak jalan.doakan kami semua selamat.amin 🙂

p/s/s : dell pakai baju kurung!hahaha.time kat kampus tak pakai kan..neehh amik mu sekarang.berbaju kurung kau mariaaaa 😀

Leave a comment »