Archive for December, 2011

myLuvs.

Aku gila dengan perasaan ini.

Aku addicted dengan myLuvs aku.ibarat semua cinta sayang dan rindu aku semuanya untuk myLuvs aku.gilakah aku?tidak!aku takkan menjadi gila dengan mempunyai kegilaan melampau terhadap myLuvs aku.kenapa?sebab betul,myLuvs adalah dadah kepada aku.kalau aku xjumpa lama-lama.aku resah gelisah.lagi aku boleh jadi gila.

sekarang aku dah jauh.sekali lagi jauh.jauh dan jauh.sekali lagi aku berpisah dengan myLuvs aku.aku tak pernah sedar masa akan berlalu begitu laju dan pantas dan tak pernah terimbas di minda yang aku kini hidup berdikari tanpa myLuvs aku.sekali lagi. *sobs*. sungguh,aku tak puas bersama myLuvs aku.masa tak pernah cukup.

kini,aku mencuri dan menggunakan sebaik mungkin masa dan peluang yang terluang untuk bersama myLuvs aku.aku nak bukak je mata pagi-pagi,aku nampak myLuvs aku.dengar suara myLuvs aku.makan dengan myLuvs aku.pergi mana-mana dengan myLuvs aku.mandi dengan..err mana boleh.kecuali mandi pantai or swimming pool,ye boleh dengan myLuvs aku. *girang*

sungguh.aku rindu kan saat-saat itu bersama myLuvs aku.aku mahu!dan kini alhamdulillah,kelapangan dan jalan dibuka dan dimakbulkan indah oleh DIA yang Maha ESA.aku kerap dapat jumpa dengan myLuvs aku.luangkan masa.walaupun aku terpaksa menempuh perjalanan sedikit ke arah kebahagian itu.aku rela.aku mahu.aku addicted!alhamdulillah.terima kasih Tuhanku kerana makbulkan doa hamba MU yang penuh kurang dan berguni khilaf ini.syukur kupanjatkan ke hadrat MU Tuhanku.alhamdulillah.

Aku takkan sia-sia kan kasih sayang yang banyak daripada myLuvs kepada aku begitu juga daripada aku kepada myLuvs aku.kerana itulah kebahagiaan aku di dunia ini yang telah dihadiahkan oleh NYA kepada hidup aku.alhamdulillah.Saat aku rancak menaip ini pun rindu aku terus memuncak terhadap myLuvs aku.hanya myLuvs yang aku mahu.kerana aku memang tak boleh hidup tanpa myLuvs aku.aku takut akan sunyi tanpa myLuvs aku.aku boleh jadi gila.aku taknak hidup aku sia-sia dengan menjadi gila.

Inilah ketagihan aku.

myLuvs ❤

Love,

Aku.

p/s : Gila kah aku jika ketagih terhadap mereka? 🙂

Advertisements

Leave a comment »

Aku + Mereka = K.A.M.I dan Konvokesyen.

28.November.2011 merupakan tarikh keramat bagi aku dan mereka.3 tahun perjuangan kami terlerai indah pada pagi isnin itu.debaran getaran keriangan semua dalam satu.bersatu memacu kebahagiaan.busana indah tersarung kemas di badan kami.diserikan lagi dengan sepersalinan busana  yang menjadi impian setiap figura yang menjejaki menara gading untuk menyarungnya pada hari bahagia itu.bukti bahawa pertempuran telah tamat dan titik mula kehidupan baru bakali diliku.objek empat segi keras kukuh disarung di kepala.senyum besar dibibir menutupi gundah hati.sepasang kaki diatur kemas berjalan menuju destinasi mengambil yang dinanti.akhirnya IA dalam genggaman.alhamdulillah.

Keriangan terus disambung dengan acara mengabdi kenangan indah.terik mentari bukan halangan.senyum tawa ikhlas terukir.setiap kenangan terpancar indah senyuman tawa keriangan semua.suka!demi semua.keringat buta mengalir laju.lelah mak ayah menunggu penuh setia.terima kasih kalian.terima kasih memahami kehendak anakmu yang manja ini.tahun pertama dulu,aku lah anak yang sering menangis tersedu sedan memujuk mak ayah untuk berhenti belajar.aku tak boleh berjauhan.aku sunyi.mereka terus memujuk aku supaya meneruskan mengejar cita-cita.orang sekelilingku juga memujuk.linda.kawan-kawan ku yang lain.aku tewas.aku akur.kini aku telah menggenggam tangisan aku itu.aku berjaya mengharungi tempoh seksa itu.alhamdulillah.

Semuanya sebab mereka.kawan-kawan ku yang setia menenangkan aku kala aku sunyi dan kosong.mereka setia menemani aku kala aku sendiri tanpa arah.mereka pendengar yang setia.mereka adalah mereka.dan mereka tahu siapa mereka tanpa aku menulisnya di sini.aku sayang mereka.sangat!terima kasih semua ❤

Image

Aku dan Mereka (Pre-Convocation photoshoot)

Image

Image

AKhirnya kami berjaya!

Image

K.A.M.I

Image

Kami melihat masa depan kami yang cerah.insyaAllah 🙂

Gambar-gambar di atas adalah yang sempat aku download dan upload.mereka yang di atas sekali itulah kesayangan aku tetapi bukan mereka-mereka sahaja yang menemani aku.tetapi ada lagi mereka di antara mereka-mereka ini.mereka-mereka itu juga sangat baik.dan mereka-mereka itu tahu siapa mereka tanpa perlu aku coretkan. ❤

Love,

Aku.

p/s : aku sayang mereka semua!

p/s/s : aku masih menunggu salinan lembut (softcopy) gambar-gambar bersama myLuvs aku daripada adik aku.maaf mak maaf ayah.tiada gambar kalian dapat akak kongsikan bersama lagi.salahkan meme sebab lambat kasi salinan lembut itu.muehehehe.

p/s/s/s : semua gambar adalah ihsan dari DSLR dan kamera digital yang berbeza milik mereka-mereka sebab itulah kualiti.densiti.brightness gambar berbeza-beza kerana ada yang telah di edit.harap maklum 🙂

Leave a comment »