Apart.

“Distance doesn’t matter if you really love the person.

What matters most is,

your honesty and trust for that relationship to work out” 

 

Love,

Aku

p/s : hye strong heart🙂

Leave a comment »

Just a thought.vice versa.

Assalamualaikum.

Malas nak wat entry cliche bloggers yang lama tak update blog.alah yang selalu wat ayat camni if lama tak update “tepuk-tepuk habuk kat dinding blog” “kemalasan melanda sebab tu lama tak update” and etc etc.I lama tak update sebab satu je.MALAS.plus bukan nya kaki blog pun yelah sebab jari jemari yang menaip,bukan kaki kan.so?? okay lah tak lawak.tak yah lah pura-pura gelak.sarcastic sangat okay.eheh😉

Saje lah terfikir nak update sebab satu topik ni.topik yang tak penting tapi nak makes thing clear aje.alah lama lak cam tak wat kontroversi kan.so dah alang-alang update 5tahun sekali ni, I up kontroversi okay.hahaha.tapi takyah lah sampai korang nak panggil Propaganza datang.tu propaaa sangat tau.euww!😉.takdelah kontroversi, cuma nak cakap pasal term ‘musuh’ yang orang selalu label kan kat siapa-siapa jelah.kadang-kadang orang tu cuma tak bertegur sebab ada salah faham sikit.tapi bila dah lama tak bertegur,haaa mulalah term musuh tu digunakan.contoh “eh,tadi aku nampak musuh kau kat sinun” macam tu lah ayat lebih kurang.padahal xpernah pun declare musuh tau.eh yelah mesti kena declare.if kawan baik ke, kekasih ke korang declare kan?musuh pun kena declare lah jugak.biar semua orang tahu.tapi ni tak belum sempat declare wat MOU hitam putih untuk declare dah kena label ngan orang lain yang si polan tu musuh kita dah.dah dapat senarai tak elok dah.aishhh😉

Tapi yang benar nya dalam hati tak pernah langsung nak anggap tu musuh ke apa.mulut orang je.entah2 dorang2 yang label tu kot nak jadi musuh si polan tu.tapi dia takut dapat nama buruk sebab ada musuh, so dia label kan si polan tu jadi musuh orang lain kan.eeee bijak eh orang tu!😉 padahal nya hal yang membuatkan orang tak bertegur hal kecik and melibatkan ramai pihak.tapi dah sorang je bersuara untuk menjaga nama pihak2 terbabit, yang sorang tu jela dapat musuh.politik sangat tau.eeeee benci benci😉

Tapi yang ironi nya kan, orang yang dikatakan bermusuh dengan si polan yang dilabel sebagai musuh tu kan (amboi ayat pun nak ironi sangat kan.hahaha) dalam hati langsung takde dendam.orang tu terserempak dengan musuh konon2 tu pun elok je dorang bercerita.siap duduk sebelah bersentuh bahu senyum ikhlas segala bertanya khabar.ironi kan permusuhan ni.suka sangat.kalau camni nak lah musuh eh nak la suruh dorang2 yang suka label kan musuh tu labelkan musuh yang lain pulak.perasaan dia lain okay bila berjumpa.seriously.😉

Dan yang paling ironi nya lah ada sumber mengatakan dorang2 or orang yang melabelkan musuh tu pulak sekarang ni dah labelkan diri dia sendiri sebagai musuh.eh camne tu?try google dalam wiki-wiki pun tak keluar maksud ironi permusuhan yang vice versa ni.eh memang ironi sangattt tau .sebab orang yang lagi satu tu langsung tak pernah terfikir nak bermusuh.or memang orang yang label tu kot yang memang suka bermusuh.eh?kan? Like seriously, explain boleh?😉

Okay lah tu je I nak update.sorry lah if update I ni panjang.yelah dah kata 5tahun sekali baru update, so himpun jelah semua cerita 5tahun tu dalam satu entry.jimat okay.hahahaha.If malas nak baca or tak suka,sorry takde lak button ‘musuh’ kat sini.so pangkah tab je okay.oh lalala😉

Love,

Aku.

p/s : musuh itu adalah sebuah persahabatan juga.persahabatan yang ego😉

Leave a comment »

Happy birthday <3

26 Januari 2012 sepatutnya hari lahir mak kesayangan.tapi kitorang adik beradik termasuk ayah managed to celebrate it advance coz tomorrow(rabu 25 Januari 2012) aku and epi da nak gerak balik KL tercinta lah sangat.hmm.uhuk.tapi nak realisasikan celebration yang full of surprise sangat susah okay!So the planned was like this.

1) Aku terpaksa tipu (Sunat) kat mak yang aku balik selasa malam instead of Rabu malam with epi.tapi aku dah bagitahu ayah and meme awal2 pasal plan ni cz nanti senang nak laksanakan.tapi maaf orang2 kampung ku sebab aku terpaksa tipu (Sunat) mereka semua jugak cakap aku balik selasa malam.ampun…heee

2) Aku kemas baju macam biasa untuk elakkan suspicious daripada emak (tapi mak memang totally lost in that drama.yeayyy.hahaha)

3) Aku wat alasan untuk withdraw duit dulu before pergi stesen bas tadi.and masa tu lah ayah akan terus direct pergi parking kat depan pizza.padahal bank dengan pizza gila jauh kot jaraknya.haaa kat situlah semuanya bermula.hehehehe

and ekspresi daripada mak bila ayah parking depan pizza and kitorg semua sepakat turun daripada kereta, TERKEJUT and TERPINGA-PINGA!.hahaha.sangat lawak.ayat2 mak “eh,mana bank?nape jauh sangat parking?kenapa semua orang keluar ni?nak pergi mana ni?apa yang berlaku ni?”.kitorang kat luar kereta mmg dah xtahan gelak dah.mak still lagi terpinga-pinga memang xtau apa yang berlaku.comel and lawak mak time tu.last sekali epi bukak kan pintu mak and ayah pun cakap “anak2 nak celebrate awal birthday mak ni” Aku pun explain “Akak xbalik la malam ni.xde tiket pun.kitorang memang dah plan”.hahah.mak still terkejut.then sempat tengok cermin and and and sempat lagi TOUCH UP LIPSTICK okay saat dalam keadaan masih terkejut tu.hahahaahhaha.tu paling lawak.pecah ketawa kitorg semua kat parking depan pizza tu.tak peduli dah orang nak tengok.kami happy satu keluarga dan makan pizza dengan penuh bahagia diselangi gelak tawa and pelbagai usikan❤

Bila tanya balik kat mak masa makan tadi apa perasaan mak bila kena camni? jawab mak ” mak terharu sangat and terkejut.mak ingat nak pergi hantar je and lepas akak dah gerak terus balik.tu mak pakai baju biasa2 and tudung x letak brooch pun”.usik epi ” nasib lipstick ada spare dalam kereta kan?” hahah.tawa cetus lagi.tapi mak cakap ada jugak beberapa perkara pelik dan mencurigakan, tapi tak pulak mak syak apa-apa.antaranya :

1) Ayah langsung tak bising cz dah lambat kuar rumah untuk pergi stesen bas (coz ayah selalu tekankan pasal masa takut ketinggalan bas).heeee

2) meme pakai jangok and siap bawak beg  bagai untuk hantar aku.padahal stesen bas gila dekat dengan rumah.hahaha

3) kenapa aku tiba-tiba care gila if epi tak hantar aku pergi stesen bas.sebab selalunya epi memang jarang ikut.tapi sebab dah well-planned, so kena lah care lebih kan.hahaha

and then,

MISSION ACCOMPLISHED!!!

happy advance birthday my sweetest and prettiest mommy! akak doakan semoga mak dipanjangkan umur dan kuat dan maintain cantik!insyaAllah.amin.sweet 19 okayyyy. akak sayang mak selamanya!<3

and today also (24Januari2012) my bff’s birthday.YUYUY!happy 26 to her.kat fb saja taknak wish dia awal-awal takut post ditenggelami arusan wishes yang lain.hehehe.dia kat kampung (Labuan) sekarang.if tak,memang putih lah dia jadi kan.busuk pun ye jugak.habislah!hahaha.tapi tak sampai hati la nak wat yuyuy camtu.nonono.ololoo.hehehe.

untuk yuyuy (if only she read this), HAPPY 26th BIRTHDAY to you.26 is just a number.but I know you are more younger than the actual age.indeed you are.hehehe.semoga berjaya dalam hidup dan pelajaran.❤

Love,

Aku.

p/s : dah makin besar orang2 kesayangan aku.hehehe❤

Leave a comment »

myLuvs.

Aku gila dengan perasaan ini.

Aku addicted dengan myLuvs aku.ibarat semua cinta sayang dan rindu aku semuanya untuk myLuvs aku.gilakah aku?tidak!aku takkan menjadi gila dengan mempunyai kegilaan melampau terhadap myLuvs aku.kenapa?sebab betul,myLuvs adalah dadah kepada aku.kalau aku xjumpa lama-lama.aku resah gelisah.lagi aku boleh jadi gila.

sekarang aku dah jauh.sekali lagi jauh.jauh dan jauh.sekali lagi aku berpisah dengan myLuvs aku.aku tak pernah sedar masa akan berlalu begitu laju dan pantas dan tak pernah terimbas di minda yang aku kini hidup berdikari tanpa myLuvs aku.sekali lagi. *sobs*. sungguh,aku tak puas bersama myLuvs aku.masa tak pernah cukup.

kini,aku mencuri dan menggunakan sebaik mungkin masa dan peluang yang terluang untuk bersama myLuvs aku.aku nak bukak je mata pagi-pagi,aku nampak myLuvs aku.dengar suara myLuvs aku.makan dengan myLuvs aku.pergi mana-mana dengan myLuvs aku.mandi dengan..err mana boleh.kecuali mandi pantai or swimming pool,ye boleh dengan myLuvs aku. *girang*

sungguh.aku rindu kan saat-saat itu bersama myLuvs aku.aku mahu!dan kini alhamdulillah,kelapangan dan jalan dibuka dan dimakbulkan indah oleh DIA yang Maha ESA.aku kerap dapat jumpa dengan myLuvs aku.luangkan masa.walaupun aku terpaksa menempuh perjalanan sedikit ke arah kebahagian itu.aku rela.aku mahu.aku addicted!alhamdulillah.terima kasih Tuhanku kerana makbulkan doa hamba MU yang penuh kurang dan berguni khilaf ini.syukur kupanjatkan ke hadrat MU Tuhanku.alhamdulillah.

Aku takkan sia-sia kan kasih sayang yang banyak daripada myLuvs kepada aku begitu juga daripada aku kepada myLuvs aku.kerana itulah kebahagiaan aku di dunia ini yang telah dihadiahkan oleh NYA kepada hidup aku.alhamdulillah.Saat aku rancak menaip ini pun rindu aku terus memuncak terhadap myLuvs aku.hanya myLuvs yang aku mahu.kerana aku memang tak boleh hidup tanpa myLuvs aku.aku takut akan sunyi tanpa myLuvs aku.aku boleh jadi gila.aku taknak hidup aku sia-sia dengan menjadi gila.

Inilah ketagihan aku.

myLuvs❤

Love,

Aku.

p/s : Gila kah aku jika ketagih terhadap mereka?🙂

Leave a comment »

Aku + Mereka = K.A.M.I dan Konvokesyen.

28.November.2011 merupakan tarikh keramat bagi aku dan mereka.3 tahun perjuangan kami terlerai indah pada pagi isnin itu.debaran getaran keriangan semua dalam satu.bersatu memacu kebahagiaan.busana indah tersarung kemas di badan kami.diserikan lagi dengan sepersalinan busana  yang menjadi impian setiap figura yang menjejaki menara gading untuk menyarungnya pada hari bahagia itu.bukti bahawa pertempuran telah tamat dan titik mula kehidupan baru bakali diliku.objek empat segi keras kukuh disarung di kepala.senyum besar dibibir menutupi gundah hati.sepasang kaki diatur kemas berjalan menuju destinasi mengambil yang dinanti.akhirnya IA dalam genggaman.alhamdulillah.

Keriangan terus disambung dengan acara mengabdi kenangan indah.terik mentari bukan halangan.senyum tawa ikhlas terukir.setiap kenangan terpancar indah senyuman tawa keriangan semua.suka!demi semua.keringat buta mengalir laju.lelah mak ayah menunggu penuh setia.terima kasih kalian.terima kasih memahami kehendak anakmu yang manja ini.tahun pertama dulu,aku lah anak yang sering menangis tersedu sedan memujuk mak ayah untuk berhenti belajar.aku tak boleh berjauhan.aku sunyi.mereka terus memujuk aku supaya meneruskan mengejar cita-cita.orang sekelilingku juga memujuk.linda.kawan-kawan ku yang lain.aku tewas.aku akur.kini aku telah menggenggam tangisan aku itu.aku berjaya mengharungi tempoh seksa itu.alhamdulillah.

Semuanya sebab mereka.kawan-kawan ku yang setia menenangkan aku kala aku sunyi dan kosong.mereka setia menemani aku kala aku sendiri tanpa arah.mereka pendengar yang setia.mereka adalah mereka.dan mereka tahu siapa mereka tanpa aku menulisnya di sini.aku sayang mereka.sangat!terima kasih semua❤

Image

Aku dan Mereka (Pre-Convocation photoshoot)

Image

Image

AKhirnya kami berjaya!

Image

K.A.M.I

Image

Kami melihat masa depan kami yang cerah.insyaAllah🙂

Gambar-gambar di atas adalah yang sempat aku download dan upload.mereka yang di atas sekali itulah kesayangan aku tetapi bukan mereka-mereka sahaja yang menemani aku.tetapi ada lagi mereka di antara mereka-mereka ini.mereka-mereka itu juga sangat baik.dan mereka-mereka itu tahu siapa mereka tanpa perlu aku coretkan.❤

Love,

Aku.

p/s : aku sayang mereka semua!

p/s/s : aku masih menunggu salinan lembut (softcopy) gambar-gambar bersama myLuvs aku daripada adik aku.maaf mak maaf ayah.tiada gambar kalian dapat akak kongsikan bersama lagi.salahkan meme sebab lambat kasi salinan lembut itu.muehehehe.

p/s/s/s : semua gambar adalah ihsan dari DSLR dan kamera digital yang berbeza milik mereka-mereka sebab itulah kualiti.densiti.brightness gambar berbeza-beza kerana ada yang telah di edit.harap maklum🙂

Leave a comment »

Sendiri.

17 November 2011.Aku leka membaca novel Inggeris di pejabat (aku tahu ofis bukan masa untuk aku masuk ke dunia lain.tapi aku bosan.so,salahkan kerja yang taknak datang padaku) waktu hujan.separa petang.tiba2 terdetik di hati.bayangan mak ayah melintas.BALIK!.getus hati kecil.aku terus mencapai handphone ku and sms ayah.”Ayah,akak nak balik rumah”.tuttt.ayah replied “kenapa tiba2”.

Hati sang ayah lebih memahami lalu terus call sang anak.memujuk diri menahan hati.menyuruh menghitung hari untuk berjumpa pasti.25 November 2011.dalam hati aku tiada lain.uh lambatnya hari.hmm.aku tahu ayah pasti akan membaca ini.kerana ayah adalah stalker terulung ku.hehe.ayah,akak rindu mak ayah.akak betul2 nak balik.tapi akak cuba lawan rasa rindu itu.akak perlu.

Tapi hakikatnya,aku seorang yang perlu ditemani.kerana aku tak suka pada sunyi.aku benci.mereka tahu.dia mengerti.

Love,

Aku.

p/s : weekend ini aku sendiri.sunyi.

Leave a comment »

AKU.

Visi dan Misi yang baru.tak perlu tunggu tahun baru untuk dilaksana.cukup dengan keteguhan dan kesungguhan jiwa untuk dicerna.Aku akan cuba belajar untuk menggunakan Aku.itulah dimensi Aku.Aku adalah subjektif.

Kerana..

Aku adalah aku.Aku itu sendiri bukan negatif.tetapi ke arah proaktif yang positif dalam merungkai subjek subjektif dalam kata ganti diri Aku..ironik bukan?itulah Aku.

Love,

Aku.

p/s : Aku itu tegas.dan itulah Aku🙂

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.